Assalamualaikum, kawan2..
hari nie, najwa nak sentuh pasal redha. apa itu redha? eceeeh, macam cikgu pulak kte ye? maksud redha dalam islam ialah menerima segala musibah dengan tenang. beserta yakin dengan Allah. Bila kite ditimpa musibah, kadang-kadang kite terlupa untuk bersabar. sebab tulah, kalau orang ade masalah ke kan..mesti kawan dia ke, family ke, atau sesape akan cakap ‘sabar, ye..’ tapi, bagi orang yang tidak memahami betul-betul makna sabar, akan rasa macam.. ‘GRRRRR… cakap senanglah, ko tak kena’ pernah hadapi atau mengalami tak situasi nie?
actually, najwa pun kadang-kadang macam tu jugak. hikhik.sebab kite manusia,kan..no one perfect J sebenarnye, bila orang suruh kite sabar, kan..actually, dia care pasal kite, tau. dia nak kite beringat bahwa segala musibah yang menimpa datang dari-Nya.
Allah pun pernah berjanji.. 'Allah takkan bebankan hamba-Nya dengan apa yang dia tak mampu'
kite kenalah sentiasa positif dengan apa yang menimpa kite. adakalanya, dugaan yang menimpa itu, kerna Allah mahu menghapuskan dosa kecik kite.ataupun, kerna Allah amat rindu rintihan kita, dan mungkin juga, Allah mahu memberi pahala free kepada kite, kerana sabar.
najwa pernah terbaca 1 kisah nie tau...
al-kisah seorang hamba yang tertanya-tanya bagaimana pahalanya amat banyak. dari mana datangnya ia..? lalu, si hamba bertanya kepada malaikat.. '
hamba: wahai malaikat, dari mana datangnya begini banyak hartaku(pahala) disini?
malaikat:inilah pahala-pahala sabarmu ketika didunia dulu dan juga segala yang kau minta didunia dahulu, tetapi tidak dimakbulkan oleh Allah, kerna Allah menyimpannya untukmu disini.semua harta itu, milikmi kini.
hamba: subhanallah. tergamam
masyaAllah. betapa sayangnya Allah pada kite, kan? oleh itu, apabila ditimpa musibah, sentiasalah berfikiran positif. Allah maha mengetahui. tahu tak, kite akan menjadi semakin tabah, kental dan kuat apabila ditimpa musibah. kalau nak tau, try laa. :DD




Tiada ulasan:
Catat Ulasan