Selasa, 1 Mac 2011
1 march 2011
nak citer pasal derma darah hari tu...erm, najwa tak layak. sebab underweight. penderma tu, kalau boleh, berat dia 50 and above. berat badan najwa, tepat2 50. tak tahulah, mungkin nurse tu nampak najwa kering sangat kot. dia tak bagi najwa derma,even berat 50kg. dia takut najwa pengsan. huwa...sedih..!tak tahu ape jenis darah kite. haiyyo. sabar sabar sabar. alfin cakap, try laa lagi. makan coklat banyak2. haha. nanti kalau dah ter 'overweight' susah pulak. ^_^ ade laa hikmah tu. kan kan?
Ahad, 27 Februari 2011
Sabtu, 26 Februari 2011
26 february 2011
Rabu, 23 Februari 2011
Sabtu, 19 Februari 2011
19 February 2011
sorry..lame najwa menghilang. busy. sebab tu,dah tak boleh nak online selalu. so, sekarang nie, nak ekspress feeling, guna lagu jela. hehe. pandai2 lah korang teka. lagi best kan? hee..lagu untuk hari nie, 'atas nama cinta' by unic. bukan rossa taw. :)) ..tapi, najwa citer laa perkembangan kte.
Sabtu, 5 Februari 2011
6 february 2011
lupa nak bagitahu korang pasal angin ribut yang melanda aussie baru2 nie. alhamdulillah, tempat tinggal najwa tak kena. tapi, area queensland kena teruk. kesian sangat. sampai kementeriaan arahkan penduduk kat situ, kosongkan tepat tu. sebab bahaya.tapi, yang najwa respect dengan orang sini, dorang really care antara 1 sama lain. sampai ade sorang menteri nie, jatuh sakit, sebab turun padang time banjir hari tu.tabik spring laa. toing2x.. sekarang, dah start busy. dah start ade homework. haila. tak larat. paling seksa, mrs naidoo, cg english suruh kitaorang habiskan baca 1 novel nie, dalam masa 4 hari. mana sempat. tapi, memberontak macam mana pun, still kena buat.kan kan? terpaksa. redha jela. =)) ..tahun nie, ramai budak baru masuk. haiyyo. best giler. major dari indonesia. okela tu. boleh jugak cakap malay. walaupun loghat lain. hikhik. semalam ikut umiabah pergi crabbing. tapi kali nie kat tempat lain. bukan kat tempat biasa. best jugak. sebab, tak payah masuk laut. just guna jaring jela. huhu. banyak pengalaman najwa dapat kat sini, alhamdulillah. kak sheeda offer najwa keje dengan dia. lebih kurang macam pathologist laa. $10 sehari. selain tu, najwa boleh tanya pasal biology kat dia.sebab dia doktor.insyaAllah boleh membantu najwa score human bio.amin..!
Rabu, 2 Februari 2011
2 february 2011
sorry, lambat update. sekolah dah start. so, busy sikit laa. hikhik. penat sangat hari nie. mungkin sebab dah lama tak turun naik tangga. huhu. tula, membina badan kat rumah je. haiyyo. tahu tak, tahun nie, banyak cikgu baru. cikgu maths, cikgu baru. best jugak lah. tapi cikgu nie, suka sangat pasang lagu dalam kelas. okelah. at least tadelah pressure sangat belajar, kan? cikgu nie dulu, actually an engineer. semua hikayat hidup dia, cerita kat kitaorang. okela, sharing is caring kan? haha. bolehlah. tahun nie, tahun yang paling pressure. sebabnye? najwa akan menghadapi dua exam besaw tahun nie. haila. takut takut. lepastu, time najwa check dengan uiam, dorang boleh terima result exam kitaorang kat sini, untuk masuk uni tu. tapi...semua subjek mesti dapat grade A. takut jugak. yela, susah oii. serius aku tak main main. tengok physic pun cukuplah. syllabus dia, lebih tinggi dari form 5 punye. bio lagi laa. haish. tak pe. semua tu rintangan sebelum menghadapi kejayaan, insyaAllah. minggu nie, maybe hari sabtu, pkck najwa datang. kira join ayah jadi babysitter laa. mak najwa akan pergi new zealand minggu depan.so, kena lah menjaga kitaorang nie haa. cey, act macam budak kecik je. nak kena jaga2.hee.. ayah najwa laa. najwa dah cakap dah, tak kesah. boleh jage diri. tapi, biasalah. mk ayah mana yang akan rasa tenang, aman damai bila anak kena tinggal macam tu, kan? jadi, ikut jela. :DD
Jumaat, 28 Januari 2011
28 januari 2011
maaf. dah lame najwa tak bagi khabar berita. lately nie, dah start busy. next week da start sekolah. haiyyo. takot sangat. macam2 najwa fikir. lebih2 lagi, kte senior tahun nie. boleh lah tunjuk gangster lepas nie. haha. gurau je. sekarang nie, wheather sepatutnye makin sejuk. sebab nak masuk spring. tapi, nak dijadikan citer, dua hari lepas, suhu meningkat sampai 40 celcius. haila. panasnye, Allah saje yang tahu. umi cakap, suhu naik, mungkin disebabkan ada angin ribut esok. takut oh. tapi maybe yang dahsyat kena, area albany. sebab, dekat dengan laut. area tempat najwa tinggal...wallahualam. reporter2 sume, sarankan, meja2 or pape je, yang ade kat luar, simpan kat dalam. sebab, takut diterbangkan. lepastu, kira hari nie, last day nak beli barang dapur. cey, macam haiwan pulak. simpan bekalan makanan banyak2 untuk musim sejuk. hehe. tapi, hope tak teruk sangat lah. amin. hari tu, time tengah banyak masa..najwa bukak laa youtube tau. cuba video nie. jom kite tengok..! hayatilah. semoga ia dapat dijadikan ingatan kepada kita, insya Allah...
Selasa, 25 Januari 2011
U-Turn ke jalan yang diredhai-Nya
Firdaus yang dari tadi hanya tertunduk cuba meyakinkan hatinya yang dia tidak mempunyai apa-apa perasaan terhadap Aisyah. Lama sudah dia memendam rasa. Dia sedar siapalah dia dibandingkan dengan Aisyah, seorang gadis yang cantik, bijak dan beragama.
Sepanjang mengenali Aisyah, jarang-jarang sekali dia melihat Aisyah berbual dengan lelaki lain, pakaiannya juga sentiasa menutup aurat, Perilakunya lemah-lembut, senyumannya manis. Itulah yang menarik hati Firdaus. Sedangkan Firdaus hanya seorang pelajar yang rendah akhlaknya, dia sendiri mengakui hal itu.Biarpun menuntut di sekolah agama, tetapi solatnya entah ke mana dan waktu-waktunya sering disibukkan dengan aktiviti yang tidak berfaedah.
Suatu petang,Firdaus duduk berehat di halaman rumahnya sambil membaca majalah hiburan, dia memang tidak pernah ketinggalan dari segi hiburan. Tiba-tiba dia dikejutkan dengan suara seorang perempuan memberi salam. Firdaus menghampiri pintu pagar. Hampir terkeluar biji matanya melihat Aisyah sedang berdiri sambil memegang bungkusan yang tidak tahu apa isinya.
“Ganggu ke? Maaf lah..ni mak saya suruh hantar kepada mak awak. Asyraf pulang ke kampung .” Firdaus hanya membalas dengan ucapan terima kasih. Mereka berbalas salam dan Aisyah berlalu pergi.
Asyraf... apakah kaitan Aisyah dan Asyraf? Semalaman Firdaus memikirkan perkara tersebut. Asyraf adalah rakan baiknya di kelas tambahan. Tetapi tidak pernah pula Asyraf menyebut tentang Aisyah. Dia akhirnya terlena. Dalam lenanya Aisyah bertandan lagi, cukup indah sekali baginya.
Keesokan paginya dia bangkit, bangkit dengan satu azam! Ya. Dia telah bertekad. Dia mahu meluahkan perasaannya kepada Aisyah. Dia mahu memiliki Aisyah. Tidak mahu terlambat, Aisyah tidak boleh dibiarkan jatuh ke tangan orang lain.Terketar-ketar tangannya menaip mesej menghulurkan salam perkenalan kepada Aisyah.
Seketika kemudian telefonnya berbunyi. Menandakan ada mesej yang diterima. Alangkah gembiranya dia apabila salam perkenalannya disambut mesra. Mereka terus berbalas mesej selama beberapa hari.
Bagi Aisyah tiada salahnya hanya berkawan. Tidak pula dia sedari maksud sebenar Firdaus. Aisyah juga mengagumi wajah tampan Firdaus, tetapi perasaan itu disembunyikan daripada sesiapa pun. Aisyah yakin dia pasti akan diejek lantaran perwatakan buruk Firdaus. Tiga hari selepas perkenalan mereka, Firdaus berjaya mengumpul kekuatan untuk meluahkan rasa hatinya kepada Aisyah.
“Saya nak tanya awak satu soalan, boleh?, “Apa dia?”, Aisyah membalas ringkas.
“Kalau saya nak couple dengan awak, awak nak tak?”, Terasa hampir gugur jantung Aisyah tatkala membaca mesej Firdaus itu.
Tidak disangka sejauh itu niat Firdaus. Dia buntu memikirkan jawapannya. Memang sepatutnya dia menjawab “tidak” dengan tanpa ragu- ragu. Bukan dia tidak tahu couple itu hukumnya haram. Tetapi hatinya terus mendesak untuk dia berkata ya.
Firdaus juga sudah berjanji untuk berubah jika Aisyah menerimanya. Dia meminta masa selama tiga hari daripada Firdaus untuk memberikan jawapan. Firdaus pula hanya bersetuju. Tetapi sebenarnya Firdaus hairan kerana sebelum ini gadis-gadis yang ”dilamarnya” pasti akan bersetuju tanpa berfikir panjang.
Tempoh tiga hari yang dipinta Aisyah sudah berakhir. Firdaus menghantar mesej meminta jawapan daripada gadis itu. Aisyah sudah bersedia dengan jawapannya. Firdaus menanti dengan penuh debaran sama ada dia dapat memiliki gadis yang dicintai dan dikaguminya. Telefon bimbitnya berbunyi lagi. Terketar-ketar tangan Firdaus membuka mesej.
“Maaf, saya tak boleh. Saya tak tahu kenapa tetapi saya rasa takut.”
Firdaus hanya terkebil-kebil. Spontan jarinya menaip mesej.” Tapi kenapa?” dan mesejnya dibalas “ Sabda Rasulullah s.a.w “Barang siapa yang jatuh cinta, lalu menyembunyikannya dan memelihara kesucian dirinya serta bersabar sampai dia meninggal dunia, maka dia adalah seorang yang mati syahid.”
“Kuno betul...macam orang tua dulu-dulu je. Kau ingat kau cantik dan baik sangat ke? Sombong...memilih pulak. Jadi anak dara tua nanti baru kau tahu!”, bentak Firdaus dalam mesejnya.
Aisyah merenung telefon bimbitnya, dan tanpa disedari air matanya menitis. Bukan dia menyombong, dan bukan pula dia memandang rendah pada Firdaus.
Sejujurnya ada perasaan cinta yang dipendam, namun dia lebih cintakan Allah, Allah tetap cinta utamanya. Dia nekad untuk membuat perubahan dalam diri dan mengabaikan cinta dunia buat masa ini. Banyak lagi yang perlu diutamakan. Dia sedar masih jauh perjalanannya.
Setahun berlalu, Firdaus masih hanyut dalam dunianya sendiri. Dia masih belum dapat melupakan Aisyah. Baginya Aisyah seorang yang terlalu ekstrem dalam agama sehinggakan untuk bercouple pun dia takut, sedangkan pada zaman ini bercouple adalah trend masa kini. Baginya mereka masih boleh bercouple dan dalam masa yang sama, menjaga ada dan batas pergaulan mereka.
.
Suatu hari, Fitri, abang kepada Firdaus yang seorang pelajar perubatan di University of Bristol,UK pulang bercuti. Firdaus dan Fitri memang amat rapat sejak mereka kecil lagi namun kedua mereka mempunyai sikap yang sangat berbeza. Malam itu Firdaus datang ke bilik Fitri untuk berbual-bual dan melepaskan rindu. Firdaus berbaring di katil Fitri sambil termenung memandang syiling sementara menunggu Fitri yang sedang mandi.
Dari laptop Fitri lagu "UNIC-Atas Nama Cinta” berkumandang memenuhi ruang kamar itu. Firdaus hanya menikmati iramanya tanpa menghayati maknanya.
Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan
Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta
Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna
Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka
Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redhaNya
Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa
Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
NikmatNya
SyurgaNya
CintaNya....
Tersentak Firdaus mendengar bait-bait kata lagu itu, seperti ada kaitan dengan dirinya. Bayangan Aisyah muncul di fikirannya, dia memainkan semula lagu itu dan kini dia betul-betul menghayati maksudnya. Pelbagai persoalan bertandang di kotak mindanya.
Sebaik sahaja Fitri selesai mandi, Firdaus segera bertanya kepada abangnya:
“Pit, kau kat sana tak ada girlfriend ke?”
“Hish kau ni, studytak habis lagi nak ada girlfriend apanya”.
“Kawan-kawan kau pun tak ada girlfriend?”
"Kawan-kawan aku adalah yang dah ada girlfriend.”
“Habis tu kau tak nak ada girlfriend? Muka kacak tak kan tak ada orang nak ? Ke sikit je Melayu kat sana?”
“Orang Melayu ramailah jugak. Tapi aku rasa ibu dan ayah tak bagi kot aku kahwin sekarang.”
“Pit! Alamak Pit. Aku bukan suruh kau kahwin la. Aku tanya ada tak kau couple dengan siapa-siapa.”
“Hish...Aku faham kau bukan suruh aku kahwin. Tapi tiada hubungan yang sah sebelum kahwin. Jodoh kita Allah dah tentukan.”
“Tapi kita kena lah cari,kan? Takkanlah jodoh datang macam tu je kat depan muka pintu?”
“Memang lah jodoh kena cari, tapi cari dengan cara yang diredhai Allah. Always remember my brother, matlamat tak menghalalkan cara. Tak pernah...”
“Habis tu macam mana nak jumpa jodoh kalau macam tu?”
Firman Allah SWT:
Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (syurga).[Surah An Nur, ayat 26]
“Wow. Kau pergi sana jadi ustaz ke? Habis tu maksudnya aku akan dapat perempuan tak baik la? Sebab aku ni macam jahat je.”
“Mungkin ya, mungkin tidak. Allah yang merancang. Kadang-kala Allah jadikan sebaliknya untuk kita saling melengkapi.”
“Kau nak isteri macam mana Pit ?”
“Kalau boleh aku nak isteri yang cintakan aku, rindukan aku..Dan semuanya kerana Allah.”
“Aduhai... hahaha! Lawaknya. Habis tu kalau tak cantik macam mana?”
“Cantik tu subjektif la. Bagi aku cantik yang sebenarnya tu cantik dalaman. Because it will never fade away. Kalau kau sayang dia sebab cantik luaran semata-mata, kecantikan tu tak kekal, cuba kau bayangkan muka dia masa umur 80-an, kau sayang dia lagi tak agak-agaknya masa tu? Sebab tu bukan perkara main-main nak cari isteri, kena minta pandangan Allah. Insyaallah boleh berkasih-sayang sampai ke syurga. Jadi ketua bidadari aku kat syurga nanti. Rumahtangga pun diberkati.”
“Habis tu kalau couple tu jahatlah?”
“Allah larang kita bercouple. Kenapa? Nah. Baca artikel ni” Kata Pit sambil menghulurkan helaian artikel yang menjelaskan hukum couple.
“Rasulullah SAW pun pernah bersabda, kalau kita mengahwini seorang perempuan kerana agamanya, nescaya beruntunglah kita, insyaAllah”, pesan Fitri lagi.
“Oh...okey. Apa-apa pun, terima kasih ye. Okey lah Pit, aku nak tidur dah ni. Selamat malam.”
Malam itu tidur Firdaus tidak lena. Artikel itu pun sudah beberapa kali dikhatamnya. Rasanya dia sudah faham mengapa Aisyah menolak cintanya. Rasanya Aisyah seorang yang berpandangan jauh. Jauh sampai ke akhirat, bukan untuk dunia semata-mata.
Semalaman dia tidak dapat tidur. Dia melangkah ke bilik Fitri untuk berbual lagi dengan abangnya itu. Dia tidak pasti sama ada Fitri sudah tidur atau belum. Jam menunjukkan sudah pukul tiga pagi.Jika dahulu, Fitri masih mentelaah pelajaran waktu ini. Berhati-hati pintu bilik Fitri dikuak, kelihatan Fitri sedang berteleku di atas sejadah.
Perlahan-lahan Firdaus menghampiri Fitri yang sedang khusyuk berdoa dalam esak tangis. Dalam doanya dia menyebut:
“ Ya Allah ya Tuhanku... KasihMu sentiasa segar dalam setiap hembusan nafasku. Betapa lemahnya hambaMu ini. kepadaMu kelak tempatku kembali, janganlah kau biarkan cintaku terhadap dunia yang menipu daya ini melebihi cintaku padaMu.”
Jantung Firdaus mulai berdegup kencang semasa mendengar luahan hati Fitri di dalam doanya. Firdaus segera berlari menuju ke biliknya, dia menangis sepuas hati , entah dari mana datangnya air mata yang begitu kuat sekali mengalir membasahi pipinya, dia juga kurang pasti. Yang dia tahu hatinya terasa tidak tenang, dia mempunyai segala-galanya namun masih terasa kekosongan.
Terasa betapa jauhnya dia dari Tuhan. Betapa lemahnya dia. Dia mengambil wuduk dan menghamparkan sejadah, berhabuk sejadah itu diselaputi kejahilannya. Dia menunaikan solat fardhu Isyak. Hatinya berasa sedikit tenang.
Esoknya, pagi-pagi lagi dia telah berjumpa Fitri.
“Pit, aku rasa macam nak berubah la.”
“Alhamdulillah. Gembira aku dengar, tapi tiba-tiba je?”, tanya Fitri sedikit kehairanan.
“ Sebenarnya semalam aku dengar kau minta ampun pada Allah, kenapa kau menangis? Aku rasa kau ni macam baik sangat. Tak macam aku ni...”
“ Baik la sangat kan. Daus, cuba bandingkan amalan kita dengan amalan para nabi dan sahabat, macam langit dengan bumi! Aku takut Allah tak terima taubat aku selama ini. Hari-hari macam-macam dosa aku buat, ada yang sedar, ada yang tak sedar. Itu tak termasuk lagi dosa masa zaman jahiliah aku dulu.”
“Kau tak rasa malu ke kalau ada orang tahu lelaki macho macam kau ni menangis malam-malam?”
“ Malu? Kenapa? Daus,memang malu tu sebahagian daripada iman, tapi malu kenalah bertempat. Hakikatnya malu itu tak mendatangkan sesuatu pun melainkan kebaikan . Bukan satu perkara yang memalukan pun.
Nabi Muhammad SAW, pemimpin umat, ketua negara. Baginda telah dijanjikan Allah tempat di syurga namun baginda masih beristighfar tidak kurang 100 kali sehari, kita macam mana? Baginda sembahyang sampai bengkak-bengkak kaki, kita pula?
“ Best ke menangis malam-malam ini.”
“ Best. Best sangat. Macam kau bercakap dengan seorang yang setia dengar tak kira apa pun masalah kau, tak kira masa. Yang tak hina kelemahan kau. Dia bagi kekuatan pula pada kau. Yang tak jemu dengar rintihan kau. Yang pujuk kau dengan janji-jani yang pasti. Yang suka dengar permintaan kau. Yang beri kau rezeki. Yang tahu apa yang terbaik untuk kau. Macam i tulah rasanya.”
“Ada ke orang yang macam tu?”
“Memang tak ada lah yang setia macam tu. Hanya Allah yang Maha mendengar. Allah dekat dengan kita.”
Allah berfirman:
Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. [Al-Baqarah: 186]
Indahkan ayat-ayat Allah? Jadikan Allah sebagai kekasih kita, dan Quran adalah ayat-ayat cintaNya. 200% sure akan rasa bahagia lepas ni, sampai akhirat, selama-lamanya...insyaAllah.”
Fitri menghulurkan sebuah buku bertajuk tulisan Imam al-Ghazali yang telah diterjemahkan. Dia berasa cukup bahagia dengan minat adiknya untuk berubah. Dalam hatinya dipanjatkan doa agar adiknya terus istiqamah di jalan Allah.
“Kalau nak berubah kena kuat tau, macam-macam dugaan. Dunia ni penuh tipu daya. Bukan suruh kau abaikan dunia sampai tak belajar, tapi buat apa-apa pun mesti kerana Allah. Allah suruh kita teroka ilmu sedalam mungkin. Kena istiqamah tau. Apa-apa masalah rujuk la ustaz ke… atau orang-orang alim, jangan pergi tanya orang sesat pula.”
“Tak tua sangat ke aku ni nak u-turn semula?”.
“ Tua ke? Aku lagi tua. Umur baru 16 dah kata tua. Bro, never too old to learn, never too late to turn. Aku akan selalu doakan kau. Uhibbuka fillah khair kathira.”
“ Okey, thanks Pit. Kau memang understanding lah..,uhibbuka fillah aidhon. bluek!”, usik Firdaus sebelum melangkah keluar dari bilik Fitri.
Perubahan sikap Firdaus sedikit sebanyak telah menjadi perangsang kepada mereka untuk turut berubah. Buku itu mula dibelek-belek. Setiap helaian dihayati dengan penuh minat. Hatinya terasa tenang. Sedikit demi sedikit perubahan dilakukan dalam dirinya. Hobi lamanya yang tidak berfaedah sudah lama ditinggalkan.
Dia juga mula berdakwah kepada rakan-rakan dan ahli keluarga. Pada mulanya dia mendapat cemuhan, kata mereka Firdaus berubah untuk Aisyah, tetapi Firdaus tetap dengan prinsipnya kerana dia yakin Allah dekat dengannya dan Allah Maha Mengetahui niatnya.
Kecekalan dan ketabahan Firdaus berkat rahmat ilahi mendekatkan dirinya dengan cita-citanya untuk bergelar seorang doktor yang akan mampu merawat penyakit jasmani dan rohani bangsanya. Dia kini bergelar seorang graduan dari Universiti Ain Shams.Menunggu untuk melapor diri di Hospital Tengku Ampuan Fatimah, Pekan Pahang.
Tengahari tadi juga dia selamat diijab kabulkan dengan bidadari yang dinantinya sekian lama, Aisyah Humaira’ binti Ibrahim. Berkat bantuan kembar Aisyah, Asyraf Mukmin sebagai orang tengah. Malam itu mereka solat sunat pengantin baru bersama. Selesai solat, mereka bersalaman. Kelihatan permata jernih mengalir membasahi pipi Aisyah.
Dia turut sebak menahan tangis. Namun dengan tenang dia mengawal perasaan.
“Kenapa Humaira’ menangis? Humaira’ sedih ke?”
“Bukan Abang, Humaira’ bersyukur sangat. Kasihnya Allah pada kita, disimpulkan kita dengan ikatan suci. “Abang pun gembira sangat Humaira’, Allah kurniakan abang bidadari yang sangat cantik, cantik segala-galanya. Lengkap separuh agama abang. alhamdulillah... ”
Seinfiniti kesyukuran dipanjatkan buat Ilahi. Tempat datang dan kembalinya segala nikmat. Tempat selayaknya dikembalikan segala puji-pujian. Benarlah hidayahNya disalurkan melalui pelbagai cara, alhamdulillah...
Isnin, 24 Januari 2011
Tips/ panduan atasi zina hati
Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu. Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi antaranya: Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis.” Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud: “Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih.” - (Surah Yusuf, ayat 24)
• Ikhlas kepada Allah. Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah. Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan: “Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya.
• Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah. Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung. Ketika kita berada dalam kesempitan, kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, berasakan Allah amat dekat mendengarkan rayuan.
• Mengurus mata dan pandangan. Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh. Ibnul Qayyim menyatakan: “Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya.”
• Bernikah dan membina rumah tangga adalah langkah paling baik. Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan orang yang kita kagumi. Meskipun pernikahan itu dilangsungkan tidak dengan orang dicintai dan diidamkan.
artikel nie, aku ambil dekat http://shauqahkhadra.blogspot.com ..best blog dia. banyak ilmu yang aku dapat. alhamdulillah.
Sabtu, 22 Januari 2011
22 januari 2011
Jumaat, 14 Januari 2011
14 januari 2011
Selasa, 11 Januari 2011
zaman dolu-dolu kite
tadi, time facebook'ing'..ain letak zaman dolu-dolu. haiyyo..rindu sangat time tu. zaman aku mudamuda. haha. act macam aku tua sangat je. :D. ramai member muka dah laen. yela, semua dah membesar kan. hehe. tapi sayang..sorang sahabat kami, meninggal dunia. hmm. Allah lebih menyanyangi dia, kan? kita kena redha jela. insya Allah, tahun nie aku balik malaysia. nak jumpa semua orang. especially kawan2 lame. dah lama sangat tak jumpa. haila. rindu maa~
Khamis, 6 Januari 2011
give thanks to Allah
post aku yang nie, aku nak tujukan khas buat teman terchenta..MAZNI IBRAHIM. sebab? dia dah tolong aku settlekan masalah yang aku rasa, besar dan rumit jugak laa. bukan masalah pasal boy girl, u love me i love u,bukan jugak pasal politik..bukan masalah aku tu.hikhik. pasal masalah negara. lagilaa....tak.nie pasal plkn. haila. serabut kepala aku. nak tahu tak, aku dapat masuk plkn. tak tahu laa camane nama aku boleh masuk dalam senarai. haiyyo. padahal, aku dah berhenti sekolah lama dah. alhamdulillah, aku mintak mazni tolong check kan. kalau tak...tak tahulah apo nasib eden nie. menangis tak berlagu laa kot. wuwuwu..:(( risau giler time tu. hanya Allah yang tahu. cey, cam tajuk lagu nasyid UNIC pula. :D..sambung balik..bayangkan laa, time tu, ayah aku busy. asyik ulang alik kajang dengan terengganu. ade projek pe entah. mak aku lagilah. busy dengan study. aku tak tahu nak solve masalah nie camane. maz tolong aku carikan maklumat pasal plkn mana yang dia mampu. alhamdulillah..aku ada kawan yang boleh tolong aku time tengah serabut, urat dalam otak pun dah berselirat. thank you, mazni!! last2, lepas menimbang-nimbang pasal hal nie...aku memang tak boleh pergi plkn tu. yela, aku sekolah kat sini. kalau ikut jadual yang ditetapkan oleh kementerian, aku dalam group 2, pergi bulan 4 tahun nie. balik bulan 6. tak boleh..! aku ada exam besaau tahun nie. jadi, nak tanak, aku kena pergi jumpa kedutaan malaysia, bagi mengesahkan yang aku kat sini. harap2, sumenya berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan. amin ya rabbal'alamin..doakan kite eh..? ^_^
7 januari 2011
hari nie first day aku ngajar. cabaran jugak sebenarnya. aku kena ngajar anak mkck floren, orang sarawak, bidayuh. anak dia nie, memang tak reti langsung cakap malay. risau jugak. yela, aku nie, bukannye pro pun. haiyyo. tapi, redah jela. kesian kat mkck tu. nak balik malaysia tahun nie. anak yang sulung,Jerry, darjah 6, yang second,ticia, darjah 3. class start pukul 10, habis pukul 1. 3 jam ngajar.mula2 kan, mkck tu bagi $40 untuk 3 jam. haiyyo. mahsyuk betul. tapi, rasa macam banyak sangat. lepastu, mintak kurang lah. kesian pulak kat mkck tu. macam aku cakap tadi, aku nie bukan yang expert. then, dapatlah kurang. tapi, kurang $10.tapela, dah rezeki orang nak bagi,kan? okelah kot. first day ngajar, aku tak ngajar banyak sangat. sebab nak kenal2 dulu. Jerry punya malay, oke je. boleh laa kalau nak borak dalam malay. tapi yang ticia nie, langsung tak reti. kena start dari mula balik. tapi, alhamdulillah..dia nie jenis yang cepat pick up. tak adalah susah sangat. lepas 2 jam mengajar, kitaorang maen game. haha. yela, sume muka penat + bosan. kalau aku redah ngajar jugak, takut tak masuk. kan kan? cey, poyo. padahal malas sudaa. ^_^..aku plan next week nak bawak movie malay. tak adelah bosan sangat, kan? *tukar topik. hari nie, masuk hari keempat aku sakit perut. bukan yang cirit birit tu. enggak sih! yang perut masuk angin tu. makan je, muntah balik. tak larat eden. yang bab muntah laa paling seksa sekali. sebab..korang paham laa kan. tipulah kalau tak pernah muntah. kan kan? mak aku marah sebab aku makin tak jaga makan. hehe. entahlah. tak tahu napa lately nie, rasa maalaass sangat nak makan. sebabkan hal nie, mak aku dah start monitor aku punya makanan. doc in my mommy. tak best. tapi, dalam hati, seronok jugak. ade orang kesah pasal kita.hari nie, aku dah oke sikitlah. tu yang boleh merapu kat blog nie. dan...pergi class hari nie.
Ahad, 2 Januari 2011
memori terindah
Heyya guys..! suda berhabuk blog aku nie. Haha. Bajet je, padahal mana ada





