.....


Khamis, 31 Mei 2012

mengejar cita-cita

Assalamualaikum, kawan-kawan..

Sorry, dah lama tak update. Najwa dah makin busy. Rasa macam cepat je masa berlalu. Kite nak pergi Russia dah. Huhu. Takut jugak. Tapi, Allah ade kan.. macam korang semua tahu, najwa TAK pernah berjauhan lama-lama dengan family. Paling lama, SEBULAN. Yee..kite memang anak manja. Sebab tu, najwa tekad nak keluar dari my comfort zone. Najwa nak belajar hidup berdikari. I know it’s hard, but I have to try. Yela, sampai bile, kan?

Tapi, umie abah dah start jadi emosional.

Abah: kakak, betul ke nak pergi nie?
Najwa: yelah. Kenapa?
Abah: jauh sangatlah. Belajar kat sini jelah.
Najwa: tak boleh, abah. Semua benda dah settle. Tinggal nak pergi je.
Abah: tape. Boleh je tukar.

#najwa tahu, abah sedih. Tapi..ini perjuangan. Najwa berjuang untuk menaikkan nama islam. Nak buat umie abah bangga dan..most of all..nak jadi, doctor muslimah yang islamik, insyaAllah.
Najwa: tape, abah. Kite boleh ber-skype. (senyum)

Abah: tak sama.

#dalam hati time tu, rasa nak nangis dah. Tapi, maintain cool depan abah.
Umie pun same jugak..

Umie: nanti, kalau kakak dah tak ade, sape nak teman umie kat dapur..

Najwa terdiam. Sedih sangat-sangat. Najwa kena kuatkan semangat. Nie semua demi kamu, wahai umi abah.

Najwa yakin, ade hikmah disebalik semua ini. Najwa yakin dengan Allah.


semoga urusan najwa dipermudahkan....