.....


Jumaat, 11 Jun 2010

novel

time aku tgh mrdeka nie an, aku bcela novel utk mgisi mse lpg. 2 buah novel. hehe. prempuan mmg cmtu en..?ayh aku yg bwk. dua novel tu mmg best oh. wa ckp lu. dan novel uh jgkla yg wat aku nk brubah mnjd lbh baek...novel 1 nie, psl ksh chenta. tp, ksh chenta yg brlndskan islam..tjuk dia, RELEVANKAH AKU DIHATIMU a.k.a RADHA. nie sinopsis dia. aku amik kat 1 blog...

''novel ini dimulakan dengan kisah pengembaraan nurul akasyah ke sebuah sekolah berasrama penuh..perkenalan dengan carl duke adam a.k.a kaduk dan juga ammar iskandar…

ketiga mereka menginjak ke usia dewasa meninggalkan zaman persekolahan sebagai sahabat yang sangat akrab…syah ke negara mentari terbit mengambil kejuruteraan…kaduk dan ammar ke bumi uk…

kisah persahabatan dari taiping ke tokyo ini, berteraskan ketulusan bersandarkan hukum..

bagus juga kalau-kalau ada sahabat setia hingga sembilan tahun usia persahabatan dibina..

Nurul Akasyah, lelaki yang warak tidak mahu bermain cinta. Kerana dia tahu apa tujuan perhubungan lelaki dan perempuan… yakni pernikahan.

Golongan kuffar dah tahu kunci kekuatan institusi kekeluargaan Islam adalah wanita.Kerana dalam Islam, ibu adalah batu asas dalam membina anak-anak generasi akan datang

aduhai angin, adakah kau yang berbisik padaku sebentar, membawa perkhabaran daripada Tuhanku? Katakan pada-Nya, aku seorang yang tabah. Aku pernah diuji lebih teruk dari ini lagi sehingga aku benar-benar sudah putus asa dengan rahmat-Nya. Aku akansabar dan tabah kali ini

pelbagai dugaan datang menimpa…kemalangan kaduk, pertelingkahan antara syah dan ammar selama hampir dua tahun, pilihan yang dibentang di hadapan syah, kaduk antara ingatan, harapan bonda serta hatinya..

dan atas kesemua perkara tersebut, mereka masih terus bersahabat…malah lebih utuh..pengakhiran persahabatan mereka?
lebih mudah kalau saya catatkan di sini, Allah sebaik-baik perancang… bacalah sendiri untuk mengetahui kesudahannya….lebih indah begitu.. ''




novel yg kdua nie plak..lbh byk psl medik.huhu. prjlanan hidup seorg doktor. sinopsis novel nie un aku amik kat blog org. x retila nk summary an. huhu. aku juz nk share ilmu yg aku dpt. sharing is caring, right?

DENYUT KASIH MEDIK merupakan sebuah kisah perjuangan seorang doktor muda mengaplikasikan syariat di hospital ketika bergelar doktor pelatih (houseman). Ia juga kisah masyarakat kerana menyentuh isu-isu perubatan dalam kehidupan masyarakat. Bukan itu sahaja, ia kisah pemuda yang hidupnya sarat impian dan cita-cita. Lebih menarik, ia bukan hanya menyentuh fiqh perubatan bahkan turut menyelitkan fiqh wanita dan fiqh cinta. Nikmatilah suatu kisah indah yang cukup membina, Denyut Kasih Medik.

Begitulah ulasan pendek yang tertulis di belakang buku, 'Denyut Kasih Medik'. Saya baru tamat membaca buku ini yang saya beli pada minggu lepas. Anda kenal Fatimah Syarha,penulis novel islami? Penulis buku ini ialah suami kepada beliau, Dr Farhan Hadi, juga merupakan kolumnis majalah Solusi terbitan Telaga Biru, sebagaimana Fatimah Syarha juga.

Saya sangat tertarik dengan penulisan buku ini kerana pada pandangan saya ia agak lain daripada biasa.
Buku ini saya lihat bukanlah sebuah novel, tetapi merupakan rentetan-rentetan peristiwa dalam kehidupan Dr Muslih, watak doktor muda dalam kisah ini. Setiap peristiwa yang diceritakan mempunyai pengajaran dan iktibarnya yang tersendiri.

Selain itu, ia juga bersifat ilmiah, sepertimana yang dikomen oleh Haji Muhammad Zakaria tentang buku ini. Dalam setiap episod diselitkan info-info ilmiah yang seringkali menjadi persoalan dalam kehidupan masyarakat kita. Kebanyakan infonya adalah berkaitan fiqh perubatan,fiqh wanita dan tidak dilupakan juga, fiqh cinta.

Antara persoalan yang ditimbulkan adalah tentang penggunaan clexane, ubat yang mengandungi bahan haram, iaitu khinzir di dalamnya. Selain itu, buku ini turut menceritakan tentang masalah-masalah solat, dalam keadaan yang pelbagai. Memandangkan scene-scene dalam buku ini kebanyakannya berlatar-belakangkan keadaan di hospital,banyaklah masalah-masalah dan salah faham tentang pelaksanaan solat yang dileraikan di sini. Masalah yang dihadirkan oleh penulis bukan saja masalah pada pihak pesakit, malah masalah para doktor sendiri.

Sebagai contoh,bagaimanakah status solat para doktor yang sedang menjalankan pembedahan berjam-jam,sehingga terlepas waktu solat? Bagaimana pula keadaan pesakit yang sentiasa dalam keadaan bernajis,bagaimana harus solat? Buku ini sedikit sebanyak merungkai persoalan-persoalan ini secara ringkas.

Dibincangkan juga sedikit tentang wanita, contohnya tentang merancang kehamilan, isu yang agak kontroversi dari aspek islamik dan etikanya. Namun dalam buku ini dibincangkan, dalam keadaan apa yang memerlukan kita merancang kehamilan, dan apa pula cara terbaik untuk merancang kehamilan, dan cara yang telah diajar oleh Islam pada kita?

Selain itu, juga diterangkan tentang darah haid,istihadah dan nifas,yang sering mengelirukan para wanita dalam mengenal pasti dan membeza-beza antara darah-darah ini. Kekeliruan ini nanti akan menyebabkan masalah dalam bab solat pula. Maka kefahaman yang baik dalam bab ini adalah amat penting. Buku ini sedikit sebanyak membantu memberi kefahaman tersebut.

Tentang cinta, ditunjukkan contoh kisah cinta yang sangat menepati syarak, malah menunjukkan indahnya Islam yang meletakkan peraturan dalam bercinta. Bagi yang membaca buku tulisan Fatimah Syarha, 'Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul', mungkin akan mendapati persamaan watak dalam dua buku ini, iaitu watak Dr Muslih dan watak Qani'ah. Ceritanya juga ada persamaan, namun saya tak berhaklah mengatakan bahawa ianya adalah kisah benar. Mungkin ya, mungkin tidak. Apa yang penting, kisahnya boleh dijadikan contoh dan juga sebagai panduan dalam bercinta, sebagaimana yang telah diajar oleh Islam, dan sememangnya sangat relevan untuk dipraktikkan dalam kehidupan masa sekarang.

Tidak ketinggalan juga, persoalan dakwah. Buku ini sedikit sebanyak mengupas kepentingan dakwah dalam kehidupan individu, tak kira sesibuk mana pun individu tersebut. Baik seorang doktor, mahupun seorang pensyarah, ataupun hanya seorang pesakit di hospital, aktiviti dakwah dan tarbiyah harus terus berjalan. Buku ini menunjukkan kegigihan dan rasa tanggungjawab sang doktor untuk berdakwah pada para pesakit, keluarga pesakit, sahabat se-doktor-nya, staff hospital yang lainnya, malah sesiapa sahaja yang dia jumpa, walaupun dalam kesibukan bergelumang dengan pesakit dan penyakit yang pelbagai. Peluang dakwah yang ada tak dilepaskan dan dimanfaatkan sebaik-baiknya.

Selain itu, dalam penceritaannya melalui peristiwa sehari-hari, turut diselitkan intipati-intipati daripada Al-Quran dan As-Sunnah. Ayat-ayat atau hadith yang dipetik kemudian dihadirkan sumber atau dari ayat mana ia diambil, dan dituliskan pada ruangan footnotes. Sememangnya inilah dua sumber utama kita yang memandu kita dalam berhadapan dengan kehidupan sebagai seorang Muslim, yang sentiasa berusaha mencari redha Allah semata


klu nk taw an, isteri penulis nie un de wat bku jgk.bku tu un aku da bce. best jgk. tjuk dia, pemilik cintaku setelah Allah dan rasul..sinopsis dia..

Novel ringkas ini mengisahkan Qaniah, seorang wanita yang sangat berhati-hati dalam menetapkan pasangan hidupnya. Keimanan yang tinggi dan kepercayaan yang menyeluruh terhadap Islam membuatkan beliau menggunakan segala pendekatan yang diajar Rasulullah SAW untuk hanya menerima pasangan hidup yang benar-benar dapat mendidik beliau dan keluarga ke jalan rahmat. Berkat kesabarannya itu, beliau akhirnya berjaya menemui PEMILIK CINTANYA, setelah Allah dan Rasul.



kre aku mgisi mse lpg ngan baeklaa.huhu. klu ade mse, tryla korang bce. bku nie best gler weyh.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan